Informasi mengenai kata cinta, kata mutiara, kata bijak, kata romantis dan sebaaginya

01 Januari 2015

Hukum Zikir Secara Berjama’ah

A. Ayat-Ayat Al-Qur’an Yang Mengisyaratkan Tentang Disyari’atkannya Zikir Berjama’ah
Apabila kita meneliti ayat-ayat al-Qur’an yang ada hubungannya dengan masalah zikir, nescaya kita akan menemukan ayat-ayat yang mengisyaratkan tentang disyari’atkannya zikir secara berjama’ah, baik bagi kaum lelaki mahupun kaum perempuan, dalil-dalilnya antara lain dapat dibaca dalam tiga firman Allah S.W.T. berikut ini:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اذْكُرُوا اللَّهَ ذِكْرًا كَثِيرًا
a. Firman Allah S.W.T:
Ertinya: “Wahai sekalian orang-orang yang beriman, berzikirlah kalian semua kepada Allah dengan zikir yang banyak.” (Q.S. al-Ahzab: 41)
Ayat-ayat yang senada dengan ini dapat dibaca dalam al-Qur’an Surah al-Baqarah ayat 152 dan ayat 200.
الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللّهَ
b. Firman Allah S.W.T.:
Ertinya: “Orang-orang yang berzikir kepada Allah…” (Q.S. Ali ‘Imran: 191)
c. Dan firman Allah S.W.T:
وَالذَّاكِرِينَ اللَّهَ كَثِيرًا وَالذَّاكِرَاتِ
Ertinya: “Dan (mereka) lelaki dan perempuan yang banyak berzikir kepada Allah…” (Q.S. al-Ahzab: 35)
Pada firman-firman Allah S.W.T di atas, yakni Q.S. al-Ahzab ayat 41: Udzkurullah, Q.S. Ali ‘Imran 191: Yadzkurullah dan Q.S. al-Ahzab ayat 35: Adz-Dzaakiriinallaah dan Adz-Dzaakiraat, diteliti dari sisi tatabahasa Arab semuanya itu menggunakan dhamir jama’/plural (antum, hum dan hunna) bukan dhamir mifrad/singular (anta, huwa, dan hiya). Hal ini jelas mengisyaratkan bolehnya dan dianjurkannya zikir secara berjema’ah.
B. Hadith-Hadith Nabi S.A.W. Yang Menjelaskan Tentang Disyari’atkannya Zikir Berjama’ah.
Berkenaan dengan hadith-hadith Nabi s.a.w yang menjelaskan dengan tegas tentang disyari’atkannya zikir berjama’ah, sebenarnya banyak sekali. Namun kami akan mencukupkan dengan sepuluh buah hadith sahaja sebagai berikut:
1). Hadith riwayat Imam al-Thabrani dari Sahl bin al-Hanhaliyyah r.a. ia berkata, Rasulullah s.a.w bersabda:
Tidaklah duduk suatu kaum pada suatu majlis, di mana mereka berzikir kepada Allah ‘Azza wa Jalla di tempat itu. Lalu (setelah selesai) mereka berdiri, melainkan dikatakan (oleh malaikat) kepada mereka: Berdirilah kalian, sesungguhnya Allah telah mengampuni dosa-dosa kalian dan keburukan-keburukan kalian pun telah diganti dengan berbagai kebaikan.” (Hadith Riwayat Imam al-Thabrani dari Sahl bin al-Hanzhaliyah r.a.) {1}
Dari hadith di atas dapat difahami, bahawa dosa-dosa dan perbuatan buruk orang-orang yang berzikir di majlis zikir, diampuni oleh Allah dan diganti dengan berbagai kebaikan. Maksudnya, nafs (jiwa) merka akan menjadi bersih dari fikiran-fikiran yang kotor dan amaliah mereka yang negatif akan berubah menjadi amaliah yang positif. Ringkasnya, mereka akan memperoleh pencerahan jiwanya setiap kali selesai berzikir di majlis zikir.
2). Hadith riwayat Imam Muslim, Imam Tirmidzi dan Imam Ibn Majah dari Abu Hurairah dan Abu Sa’id al-Khudri r.a. kedua sahabat itu telah menyaksikan Rasulullah s.a.w. bersabda:
Tidaklah duduk suatu kaum berzikir (menyebut) nama Allah ‘Azza wa Jalla melainkan dinaungilah mereka oleh para malaikat, dipenuhi mereka oleh rahmat Allah dan diberikan ketenangan kepada mereka, juga Allah menyebut-nyebut mereka di hadapan malaikat yang ada di sisi-Nya.” (Hadith Riwayat Imam Muslim, Imam Tirmidzi dan Imam Ibn Majah dari Abu Hurairah dan Abu Sa’id al-Khudri r.a.) {2}
Dalam hadith yang tidak diragukan lagi kesahihannya ini, jelas sekali bahawa zikir secara berjama’ah (beramai-ramai) sangat baik dan sangat banyak faedahnya, yakni mereka dinaungi oleh para malaikat, dipenuhi rahmat Allah, diberikan kesenangan batin dan nama-nama mereka disebut-sebut oleh Allah di hadapan para malaikat-Nya.
3). Hadith Riwayat Imam Ahmad dan Imam Ibn Hibban dari Abu Sa’id al-Khudri r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:
Allah ‘Azza wa Jalla akan berfirman pada hari kiamat: “Semua golongan akan tahu siapakah golongan yang paling mulia.” Rasulullah s.a.w ditanya, “Siapakah golongan yang paling mulia itu, ya Rasulullah?” Beliau pun menjawab: “Golongan majlis-majlis zikir.” (Hadith Riwayat Imam Ahmad dan Imam Ibn Hibban) {3}
Hadith Qudsi ini menyatakan dengan tegas, bahawa majlis zikir adalah majlis yang palaing mulia dan di hari kiamat kelak, manusia akan menyaksikan kemulian orang-orang yang suka berzikir di majlis zikir.
4). Pujian dan do’a Rasulullah s.a.w. terhadap sahabatnya yang bernama ‘Abdullah bin Rawahah r.a. kerana ia mencintai majlis zikir. Rasulullah s.a.w. bersabda:
Semoga Allah menyayangi Ibn Rawahah, kerana ia mencintai majlis zikir yang mana para malaikat saling bermegah-megahan dengan majlis itu.” (Hadith Riwayat Imam Ahmad dengan sanad hadith yang hasan, dari Anas bin Malik r.a.) {4}
Hadith ini menegaskan, bahawa orang yang mencintai majlis zikir, dengan rajin menghadirinya, ia akan disayangi oleh Allah S.W.T. yang bersifat al-Rahman dan al-Rahim.
5). Dari ‘Abdullah bin ‘Amr r.a. ia berkata, aku pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w.:
Ya Rasulullah, apakah ganjaran (balasan) dari majlis zikir?” Beliau pun menjawab, “Ganjaran (balasan) majlis zikir adalah syurga.” (Hadith Riwayat Imam Ahmad dengan sanad hadith yang hasan). {5}
Dari hadith ini, kita dapat memahami, bahawa berzikir di majlis zikir itu sangat besar balasannya yakni pelakunya akan dimasukkan ke dalam syurga yang penuh dengan kenikmatan nan abadi.
6). Dari Abu Darda’ r.a. ia berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda:
Sungguh Allah akan membangkitkan suatu kaum pada hari kiamat, yang wajahnya bercahaya, di atas mimbar-mimbar yang terbuat dari permata. Orang-orang lain pun berasa iri terhadap mereka, padahal mereka bukanlah para nabu dan bukan pula syuhada. Perawi hadith berkata: Mendengar itu, bangkitlah seorang Badwi dengan berteleksn di atas kedua lututnya, lalu ia berkata, “Terangkanlah kepada kami tentang mereka agar kami dapat mengetahuinya.” Rasulullah s.a.w. pun bersabda: “Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai di jalan Allah, mereka terdiri dari bermacam-macam suku dan bangsa, mereka berkumpul dalam rangka berzikir kepada Allah, dengan menyebut-nyebut nama-Nya.” (Hadith Riwayat Imam al-Thabrani dengan sanad hadith yang hasan). {6}
Hadith ini dengan tegas menyatakan, bahawa zikir secara berjama’ah di majlis zikir itu dapat membina Ukhuwwah Islamiyyah di antara suku dan bagsa di dunia. Sedangkan di akhirat kelak, mereka akan dibangkitkan dan berdiri di atas mimbar-mimbar yang terbuat dari permata intan manikam, sehingga orang lain tidak mahu datang ke majlis zikir ketika di dunianya, berasa iri atas kurnia yang Allah berikan kepada mereka yang rajin berzikir di majlis zikir.
7). Dari Mu’awiyah r.a.: Bahawasanya Rasulullah s.a.w pernah keluar rumah menuju sebuah halaqah (lingkaran) dari para sahabatnya di dalam Masjid. Kemudian beliau pun bertanya:
Apakah gerangan kamu berkumpul di sini? Jawab mereka: “Kami duduk berzikir kepada Allah Azzawajalla yang telah memberi petunjuk dengan Agama Islam, dan telah bermurah hati atas kami dengan hidayatnya. Ujar baginda: “Demi Allah, benarkah itu yang menyebabkan kamu berkumpul itu? Jawab mereka: “Demi Allah, kami tidak berkumpul di sini melainkan atas tujuan itu semata-mata.” Ujar baginda pula: “Sebenarnya aku tidak meminta kamu bersumpah kerana aku masih meragukan kebenaran kamu, tetapi Jibril a.s. telah mendatangiku dan memberitahuku, bahawasanya Allah Ta’ala memuji-muji kamu di hadapan para Malaikat.” (Hadith Riwayat Imam Muslim, Imam Tirmidzi dan Imam Nasa’i) {7}
Hadith ini dengan tegas menyebutkan, betapa Allah membangga-banggakan di hadapan para malaikat-Nya, terhadap orang-orang yang berzikir di majlis zikir.
8). Dari Abu Hurairah r.a., ia berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda:
Allah mempunyai malaikat yang berterbangan di seluruh pelusuk bumi untuk mencari dan menulis amal baik manusia. Apabila mereka menjumpai sekumpulan manusia berzikir kepada Allah lalu mereka menyeru sesama mereka: “Marilah ke sini, kita telah menemui apa yang kita cari.” Lantas mereka datang berduyun-duyun sambil menghamparkan sayap menaungi orang-orang yang sedang berzikir itu.
Selepas itu lalu Allah bertanya kepada para malaikat, “Apakah yang sedang dilakukan hamba-hambaKu itu ketika kamu meninggalkan mereka?” Malaikat menjawab, “Mereka di dalam keadaan memuji, mengagungkan dan bertasbih kepadaMu wahai Allah.” Allah bertanya lagi, “Adakah mereka itu pernah melihatKu?” Jawab malaikat, “Tidak pernah!” Allah terus bertanya, “Bagaimana sekiranya mereka melihatKu?” Jawab malaikat, “Jika mereka melihatMu, nescaya akan bersangatanlah mereka mengagungkan, bertasbih dan bertahmid kepadaMu ya Allah.”
Allah bertanya lagi, “Mereka memohon perlindunganKu daripada apa?” Malaikat menjawab, “Daripada neraka.” Allah bertanya, “Adakah mereka pernah melihat neraka?” Jawab malaikat, “Tidak pernah!” Allah bertanya, “Bagaimana sekiranya mereka dapat melihat neraka?” Malaikat menjawab, “Mereka akan lari sejauh-jauhnya dari neraka kerana ketakutan.” Allah bertanya, “Apakah permintaan mereka?” Malaikat menjawab, “Mereka meminta daripadaMu syurga.” Allah bertanya, “Adakah mereka pernah melihat syurga?” Jawab malaikat, “Tidak pernah.” Allah bertanya, “Bagaimana sekiranya mereka dapat melihat syurga?” Malaikat menjawab, “Mereka sangat haloba untuk memperolehinya,” Lalu Allah berkata, “Sesungguhnya aku bersaksi, bahawa aku telah mengampunkan mereka.”
Para malaikat bertanya pula, “Wahai Allah! Seseorang telah datang ke dalam kumpulan ini dan dia tidak bercita-cita untuk menjadi sebahagian daripada mereka.” Allah menjawab, “Mereka ini adalah segolongan manusia yang tidak menyakiti orang yang menyertai mereka
.” (Hadith Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim dengan lafazh hadith Imam Bukhari). {8}
Hadith sahih ini menjelaskan dengan terang benderang, bahawasanya majlis zikir itu adalah suatu majlis yang dicari-cari dan dihadiri oleh malaikat. Mereka memenuhi majlis zikir itu dengan sayap-sayap mereka sehingga barisan mereka sampai ke langit dunia. Dan Allah pun menyatakan di hadapan para malaikat, bahawa Dia telah mengampuni dosa-dosa setiap orang yang hadir di majlis zikir itu.
9). Hadith dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
Allah Ta’ala berfirman: Aku sesuai dengan persangkaan hamba-Ku kepda-Ku. Dan Aku bersamanya apabila ia berzikir (mengingat) Aku. Kalau ia berzikir kepada-Ku secara tersembunyi (dalam hatinya saja), Aku pun ingat pula kepadanya seperti itu, kalau ia berzikir (mengingat) Aku dalam majlis, maka Aku pun ingat pula kepadanya dalam majlis yang lebih baik dari itu (iaitu majlis malaikat).” (Hadith Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim. {9}
Dalam hadith sahih ini terdapat beberapa pelajaran penting, antara lain yang pertama, tentang hubungan Allah dengan hamba-Nya sesuai dengan persangkaan hamba kepada Allah. Maksudnya adalah agar seorang hamba senantiasa berbaik sangka (husnuzhzhan) kepada Allah dan hendaknya jangan sampai berputus asa dari rahmat-Nya. Yang kedua, apabila seorang hamba berzikir kepada Allah, maka Allah pun akan selalu menyertainya. Dan yang ketiga, apabila seorang hamba berzikir kepada Allah dalam hatinya, maka Allah pun akan mengingat dia seperti itu. Namun apabila seorang hamba bertzikir kepada Allah di suatu majlis, maka Allah akan mengingat dia di majlis malaikat, yakni dengan membangga-banggakannya di hadapan mereka. Kenapa demikian? Kerana hal ini didasari oleh ketaatan manusia. Pebuatan ibadah manusia lebih baik daripada ibadah malaikat, kerana manusia beribadah dengan pandangan yang ghaib, sedangkan malaikat beribadah kepada Allah dengan pandangan musyahadah, yakni menyaksikan secara langsung hal-hal yang berhubungan dengan perkara ghaib, sehingga apabila mereka melihat syurga dan neraka, hal itu tidak ada pengaruhnya terhadap keimanan mereka. Oleh kerana itulah, bagi orang-orang yang taat beribadah dan selalu zikrullah, Allah pun selalu memuji dan membangakannya di hadapan para malaikat.
10). Tersebut dalam sebuah hadith:
Dari ‘Abd al-Rahman bin Sahl bin Hanif, ia berkata: Pada suatu saat, ketika Rasulullah s.a.w berada di salah satu rumahnya, turunlah ayat kepada beliau, yang ertinya: “Dan bersabarlah kamu bersama orang-orang yang menyeru Tuhannya pada pagi dan senja hari dengan mengharap keredhaan-Nya.” (Surah al-Kahfi: 28), Maka setelah menerima wahyu itu, Rasulullah s.a.w. keluar untuk mencari orang-orang yang dimaksudkan dalam ayat tersebut. Kemudian beliau menjumpai sekelompok orang yang sedang sibuk berzikir. Di anatara mereka ada yang rambutnya tidak teratur dan kulitnya kering, dan ada yang hanya memakai sehelai kain. Ketika Rasulullah s.a.w. melihat mereka, beliau pun duduk bersama mereka dan bersabda, yang ertinya: “Segala puji bagi Allah, yang telah menciptakan di antara umatku orang-orang yang mernyebabkan aku diperintahkan duduk bersama mereka.” (hadith Riwayat Imam al-Thabrani, Imam Ibn Jarir dan Imam Ibn Mardawaih) {10}
Dalam riwayat hadith yang lain dikatakan:
Dari Tsabit ia berkata: “Ketika sahabat Salman (al-Farisi) bederta kawan-kawannya sedang sibuk berzikir, lewatlah Rasulullah s.a.w. di hadapan mereka. Maka mereka terdiam sebentar. Lalu beliau bertanya: “Apa yang sedang kalian lakukan?” Mereka menjawab: “Kami sedang berzikir.” Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sungguh aku melihat rahmat Allah turun di atas kalian, maka hatiku tertarik untuk bergabung bersama kalian membaca zikir.” Lantas beliau bersabda yang ertinya: “Segala puji bagi Allah yang telah menciptakan dari umatku orang-orang yang aku diperintahkan duduk bersama mereka.” (Hadith Riwayat Imam Ahmad). {11}
Dari dua hadith ini, kita dapat mengetahui dengan jelas, bahawasanya Rasulullah s.a.w. bukan hanya sekadar menganjurkan zikir berjama’ah, akan tetapi beliau pun juga berzikir dengan para sahabat yang berada di majlis zikir. Dengan kata lain, dalam hal zikir berjama’ah itu beliau buykanlah hanya sekadarteoritis berupa anjuran-anjuran saja, akan tetapi juga secara praktis.
Demikianlah kami kemukakan tidak kurang sepuluh hadith Nabi s.a.w yang menjelaskan tentang disyari’atkannya zikir secara berjama’ah, baik berdasarkan Sunnah Qauliyah dan Sunnah Fi’liyahnya, mahu pun berdasarkan Sunnah Taqririyahnya.
C. Fatwa-Fatwa Ulama Tentang Disyari’atkannya Zikir Berjama’ah
Disyari’atkannya zikir berjama’ah itu selain terdapat dalam isyarat al-Qur’an dan dalil-dalil tegas dalam hadith-hadith Nabi s.a.w., seperti yang telah kami kemukakan di atas tadi, sebagai pelengkap kami pun menganggap perlu untuk mengemukakan fatwa-fatwa ulama kenamaan tentang disyari’atkannya zikir berjama’ah, baik ulama dari Timur Tengah mahu pun dari Indonesia sendiri, sebagai berikut:
a. Imam Abu Zakariya Yahya bin Syaraf al-Nawawi (w. 676 H), seorang ulama kenamaan dari Syria, berkata:
Ketahuilah, sebagaimana zikir itu sunat hukumnya, begitu juga sunat hukumnya duduk dalam majlis orang-orang berzikir, kerana begitu banyak dalil-dalil yang menyatakan hal itu.” {12}
b. Imam Sayid Sabiq (w. 1422 H), seorang ulama kenamaan dari Mesir, berkata:
Disunatkan duduk dalam majlis zikir.” {13}
Sebelum berfatwa demikian, ia telah membuat judul dengan:
(Sunat berkumpul di majlis zikir)
c. Prof. Dr. T.M. Hasbi Ash-Shiddieqy (w. 1975 M) juga berkata:
Sangatlah disukai kita mengadakan halqah-halqah (tempat-tempat) yang ditentukan untuk berzikir dan membiasakan berzikir di tempat-tempat itu, mengingat hadith-hadith Nabi s.a.w. yang tersebut di bawah ini:
Bersabda Rasulullah s.a.w.:
Tiada berkumpul sesuatui kaum di dalam sesuatu rumah Allah (masjid) untuk menyebut nama Allah dengan maksud hendak memperoleh keredhaan-Nya, melainkan Allah memberikan ampunan kepada mereka itu dan menggantikan keburukan-keburukan mereka dengan berbagai-bagai kebaikan.” (Hadith Riwayat Ahmad, al-Targhieb, 3:63).
Bersabda Rasulullah s.a.w. pula:
Tiadalah duduk sesuatu kaum menyebut Allah, melainkan dinaungilah mereka oleh malaikat dan diselubungi mereka dengan rahmat Allah dan diturunkan ketenangan kepadanya. Juga Allah menyebut-nyebut mereka itu di hadapan orang-orang yang di sisi-Nya.” (hadith Riwayat Muslim, Riyadlus Solihin: 469).
Demikinlah fatwa para ulama sekitar disyari’atkannya zikir berjama’ah.
Catatan
{1}. Zakiyuddin al-Mundziri, al-Targhib wa al-Tarhib, (Beirut: Dar al-Fikr, 1408 H/1989 M) Editir: Musthafa Muhammad ‘Imarah, jilid II, hlm. 398.
{2}. Abu al-Husain Muslim bin al-Hajjaj al-Naisaburi, Sahih Muslim, (Bandung: Dahlan t.th), Jilid 2, hlm. 474, Abu ‘Isa al-Tirmidzi, Sunan al-Tirmidzi, (Beirut: Dar al-Fikr, Cet. II, 1403 H/1983 M), Editor Abd al-Wahhab Abd al-Lathif, Jilid 2, hlm. 128, dan Abu ‘Abdillah Ibn Majah al-Qazwini, Sunan Ibn Majah, )Beirut: Dar al-Fikr, Cet. II, tth), Jilid 2, hlm. 418. Dan lihat: Ahmad Dimyathi Badruzzaman, Amaliah Zikir Taubah M. Arifin Ilham Ditinjau Dari Syari’at islam, (Depok: Cipta Salam, Cet. 1, 1426 H/2002 M), hlm. 7.
{3}. Syarafuddin al-Dimyathi, al-Matjar al-Rabih fi Tsawah al-‘Amal al-Shalih, (Beirut: Mu’assasah al-Kutub al-Tsaqafiyyah, Cet. III, 1414 H/1994 M), Editor: Muhammad Husam Baidhun, hlm. 285.
{4}. Zakiyuddin al-Mundziri, Op. Cit., Jilid 2, hlm. 403.
{5}. Syarafuddin al-Dimyathi, Op. Cit., hlm. 287.
{6}. Zakiyuddin al-Mundziri, Op. Cit., Jilid 2, hlm. 406.
{7}. Zakiyuddin al-Mundziri, Ibid, hlm. 403.
{8}. Abu ‘Abdillah al-Bukhari, Op. Cit., Jilid 4, hlm. 114, dan Abu al-Husain Muslim nin al-Hajjaj al-Naisaburi, Op. Cit., Jilid 2, hlm. 471.
{9}. Muhammad Fuad ‘Abd al-Baqi, al-Lu’ lu’ wa al-Marjan fi ma Ittiafaqa ‘alaih al-Syaikhan, (Kairo: Dar al-Hadits, 1407 H/1986 M), Juz. 3, hlm. 223. Lihat Bukhari, Op. Cit., Jilid 4, hlm. 278, dan Muslim, Op. Cit., Jilid 2, hlm. 470.
{10}. Jalaluddin al-Suyuthi, al-Darr al-Mautsur fi al-Tafsir bi al-Ma’tsur, (Beirut: Muhammad Amin Damaj, t.th), Jilid 4, hlm. 219, dan lihat Ibn Jarir al-Thabari, Jami’ al-Bayan fi Tafsir al-Qur’an, (Beirut: Dar al-Ma’rifah, Cet. 1, 1409 H/1989 M), Jilid 8, Juz 15, hlm. 155.
{11}. Jalaluddin al-Suyuthi, Ibid., hlm. 219.
{12}. Abu Zakariya Yahya bin Syaraf al-Nawawi, al-Adzkar, (Bandung: Syirkah al-Ma’arif, t.th), hlm. 8. Lihat pula Ibn ‘Allan al-Shiddiqi, al-Futuhat al-Rabbaniyyah, (Beirut: Dar al-Fikr, 1398 H/1978 M), Juz. 1, hlm. 89-90.
{13}. Sayid Sabiq, Fiqh al-Sunnah, (Beirut: Dar al-Fikr, Cet. II, 1400 H/980 M), jilid I, hlm. 492.
{14}. T.M. Hasbi Ash-Shiddieqy, Pedoman Dzikir dan Doa. (Jakarta: Bulan Bintang, Cet. VI, 1982), hlm. 57.
{15}. Ibid.
Dipetik dari buku “Zikir Berjamaah Sunnah Atau Bid’ah” karangan Drs. Ahmad Dimyathi Badruzzaman.

Hukum Zikir Secara Berjama’ah Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Kunci Gitar

6 comments:

zulfikor mengatakan...

saya kurang yakin akan keabsahan dari terjemah hadist tersebut.soalnya saya pernah membaca tentang fatwa ibnu mas,ud tentang bid,ahnya dzikir berjamaah.dan saya belum pernah menemukan riwayat di kitab sirah nabawiyah bahwa nabi muhamad dan para sahabat mengamalkan dzikir secara berjamaah,saya tetap berpendapat bahwa dzikir berjamaah hukumnya bid,ah,laukana khairan lasabaquna khairan.

Anonim mengatakan...

salam kepada tuan zulfikor... saya syorkan saudara mengunjungi majlis zikir, dari mula sehingga habis.
kemudian, setelah itu pulanglah dgn membuat penilaian yg zikir itu adalah bid'ah atau tidak. kerana, (1) majlis zikir kebanyakkan dibuat oleh ahli2 tariqah yg mana salasilahnya mesti sampai kepada Rasullullah SAW (2) tuan boleh lihat sendiri berapa byk sunnah Rasullullah SAW yg diikut oleh ahli2 zikir (3) adakah tuan mendapat ketenangan semasa di majlis zikir tersebut? adakah tuan terasa zikir2 tersebut menusuk hati tuan, terutama sekali apabila nama Allah disebut2, selawat ke atas nabi diulang2?? (4) ulama2 mazhab pernah berpesan yg jika AlQuran dan Hadith itu lebih tepat, maka tinggalkanlah fatwa yg dihujahkan. kemudian, tuan juga boleh buat solat hajat dan istikharah minta Allah memberi petunjuk. InsyaAllah. Bantuan dari Allah akan tiba utk tuan...

Anonim mengatakan...

terima kasih atas artikelnya.
lengkap dengan dalil-dalilnya baik dari Al quran maupun hadist Nabi SAW. yang saya tanyakan, adakah amalan tersebut (dzikir berjamaah/ dzikir dengan dipimpin satu orang atau lebih) pernah dipraktekkan oleh Nabi SAW?

Anonim mengatakan...

Fadhol artikelnya.

Tahu dalil zikir berjamaah di pimpin satu orang dalam suatu majelis zikir beserta syarat-2 memimpin (imam)majelis zikir berjamaah ?


Mobile TV software
http://mobiletv.downloadsoftwaretv.com
High Definition TV on your PC
http://downloadosoftwaretv.com
Farabi Distro
http://tokokaos.co.cc

Anonim mengatakan...

Zulfikar,orang seperti anda ini budek atau buta ya, penjelasan diatas sudah lengkap dhn dalilnya,kenapa anda masih ngeyel, taubatlah sobat sebelum ajal anda datang.

Unknown mengatakan...

saya juga anggap bi`ah orang yang bacaian air putih dengan doa-doa, itu perbuatan orang primitif. eeeee ...kemudian sains modern membuktikan saya rupanya yang primitif, ketinggalan zaman.

menurut sains, zikir bareng itu lebih cepat menggeser frekwernsi beta ke alpa, lebih meningkatkan daya tahan tubuh secara neorulogi. awas lo jangan sampai primitif seperti saya. enggak jaman nya lagi debat kusir. ini jaman sains bukan jaman bi`ah-bi`ah. maaf yaa kalo ini bi`ah. salam komunitas mistik sains